09hb. Feb 2010 - PJS Pak Lah di HPA Rawang

Picture
Pak Lah sedang merawat saorang ahli selepas kuliah
PJS Abdullah Rahim atau Pak Lah telah hadir ke HPA Rawang untuk menyampaikan kuliah perubatan JAWI. Dewan kuliah yang dipenuhi oleh ahli-ahli HPA samada lama dan baru begitu ceria sekali dengan penyampaian yang di lakukan oleh Pak Lah. Kesemua hadirin tidak berganjak sedikaitpun walaupun masa telah menunjukkan jam 11.30 malam. Penerangan dengan diselang selikan oleh keboleh Pak Lah mengalunkan beberapa nyasid membuatkan peserta begitu seronok sekali.

13hb. Sept. 2009 - Majlis Berbuka Puasa

Picture
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, komuniti HPA Rawang telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 12hb September 2009 bertempat di HPA cawangan Rawang. Diantara pengisian program pada hari tersebut ialah Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Khairudin, sembahyang maghrib, Isyak dan Tarawikh berjamaah serta penyampaian sumbangan berupa barangan HPA, wang tunai dan kueh raya kepada 30 anak yatim dan orang kurang upaya (OKU). Barangan HPA dan wang tunai adalah sumbangan dari HPA Ibu Pejabat manakala kueh raya disumbangkan oleh seorang wakil rakyat. Segala sumbangan tersebut telah disampaikan oleh PJM Hafizan Fauzi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PJM Habibah dan wakil HPA Zon Tengah.
Dibawah adalah suasana semasa majlis tersebut.

07hb. Ogos 2009 - Majlis Iftar KPA

Picture
Majlis Iftar bulanan anjuran KPA kali ini diadakan di HPA Rawang pada 6hb. Ogos 2009. Sebagai tuan rumah, semua AJK komuniti Rawang hadir bagi meraikan tetamu. Seramai lebihkurang 60 orang ahli KPA dari komuniti HPA Lembah Kelang menghadiri majlis ini. Turut serta dalam majlis kali ini ialah Presiden KPA iaitu En. Hafidzan Faudzi.

Program bermula pada pukul 7.30 malam dengan majlis berbuka puasa sempena Nisfu Shaaban dan diikuti sembahyang Maghrib berjemaah.
Antara pengisian program ialah sembahyang Isya' , sembahyang hajat, bacaan Yasin, Tazkirah dan ucapan Presiden kelab.

 Pengacara majlis ialah PJS En. Sahir yang merupakan ketua unit kerohanian KPA.

Tazkirah disampaikan oleh Pengerusi komuniti Rawang iaitu Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman. Diantara peringatan yang diberikan agar kita ahli HPA mengambil pengajaran dari sirah Nabi Yusof iaitu sentiasa beringat semasa dalam keadaan senang dan mewah.

En. Hafidzan dalam ucapannya pula menyentuh tentang konvek 2009 yang lepas dimana beliau mewakili Pengarah Urusan HPA meminta maaf diatas kelemahan dan kekurangan semasa penganjuran konvek 2009. Berkaitan dengan program PBC pula beliau membayangkan berkemungkinan progarm tersebut akan diserahkan semula pada komuniti seperti sebelum ini. Beliau juga menyentuh syarat pelantikan PJS yang baru dikeluarkan oleh AWM dimana antaranya ialah bonos mestilah melebihi RM5000. Beliau akan berbincang dengan Pengurus Besar AWM berkaitan syarat tersebut agar dikekal seperti dahulu iaitu RM3000.
Berita yang agak mengembirakan juga ialah berkaitan penubuhan RFC di Lembah Kelang. Beliau maklumkan bahawa Koperasi Wahida akan melabor dalam RFC di Gombak, Shah Alam dan Bangi. Adalah dijangkakan 3 cawangan RFC ini akan beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.
Majlis berakhir pukul 10.30 malam. Untuk Iftar seterusnya akan diadakan pada Oktober di HPA Shah Alam.

Picture

PBC TERAKHIR DI RAWANG

Picture
 Gambar disebelah adalah AJK Komuniti HPA Rawang pada dihari terakhir PBC Rawang 23 & 24 mei lalu. PBC bulan mei lalu merupakan PBC terakhir di dewan kuliah HPA Rawang. PBC yang akan datang pada bulan julai, akan diadakan di Perangsang Golf di Templer Rawang . PBC akan datang ini akan dikendalikan oleh KPA sendiri dan mewakili 3 PBC iaitu Rawang, K.K,Bahru dan Tg Malim

18hb Feb 2009 Nikmati Ais Krim HPA

Ais Krim HPA yang dinanti-nantikan oleh warga HPA dan umat Islam keseluruhannya akan berada dipasaran tidak lama lagi. Ais Krim yang tidak mengandungi gelatin dan wei dijamin halal dan suci boleh dikatakan setanding dengan jenama terkenal yang lain.

Pada kelas mingguan semalam,warga HPA Rawang telah menikmati ais krim ini (yang masih diperingkat ujian) secara percuma. Lebih 100 orang peserta yang hadir memuji akan kelazatan ais krim tersebut. Terdapat 4 perasa yang dihidangkan iaitu perasa vanila, jagung, koko dan campuran kopi radik. Ais krim tersebut dibawa khas oleh pegasasnya En. Osman dan isteri beliau dari kilangnya di Ipoh.  Walaupun perjalanan dari Ipoh ke Rawang mengambil masa lebih 3 jam, ais krim yang dibawa tidak cair walaupun dibawa dalam kotak sahaja.

En. Osman adalah pengasas ais krim jenama Kancil yang beroperasi disebelah utara sebelum ini. Beliau telah bergabung dengan HPA bagi meningkatkan pengeluaran dan meluaskan pasaran untuk memenuhi keperluan umat Islam seluruh Malaysia. Jadi saya menyeru kepada umat Islam seluruh Malaysia supaya tinggalkanlah ais krim jenama luar negara dan belilah ais krim HPA.

Ais krim ini akan dilancarkan pada 9hb. Mac 2009 di Bangunan Tabung Haji Jalan Tun Razak oleh Pengarah urusan HPA.

Gambar bawah suasana warga HPA Rawang menikmati ais krim



22hb. Jan 2009

Atas keperihatinan warga HPA terhadap kesengsaraan umat Islam Palestin maka Tuan. Hj. Ismail Ahmad Pengarah Urusan HPA telah melancarkan tabung derma rakyat Palestin semasa Kuliah Perubatan Jawi di Kuala Lumpur Intenational Hotel. Sebelum ini komuniti HPA Lembah Kelang juga telah membuat kutipan derma semasa kelas mingguan. Hasil derma dari ahli-ahli komuniti HPA Rawang lebih kurang RM500 telah diserahkan oleh Pengerusi Komuniti Rawang (Prof. Dr. Ishak) kepada Tuan Hj. Ismail 


10hb. Januari 2009 6.30pm

AJK Komuniti telah mengadakan majlis Hitea bersama Pengarah Urusan HPA Tn. Haji Ismail Bin Ahmad di Cwangan HPA Rawang. Majlis ringkas ini diadakan sebaik sahaja selesai Seminar yang diadakan di Batang Kali. Kesemua AJK hadir pada majlis ini disamping beberapa orang PJS lembah kelang yang dijemput untuk meraikan Pengarah Urusan HPA. Dalam majlis ini pihak AJK telah mengemukakan kertas cadangan kepada Tuan Haji Ismail untuk menyewa satu unit rumah kedai 3 tingkat untuk dijadikan sebuah hotel budget dimana 70%  ditanggung oleh HPA manakala 30% akan dimiliki oleh Komuniti Rawang. Bahagian bawah bangunan akan dijadikan dewan untuk kursus(PBC)/siminar manakala bahagian atas dijadikan bilik-bilik penginapan. Pengurusan hotel ini akan dikendalikan oleh Komuniti Rawang sepenuhnya. Pada dasarnya Tn. Haji Ismail telah bersetuju dengan cadangan ini.  Dengan terlaksananya cadangan ini maka akan muncullah hotel HPA yang pertama di Lembah Kelang. Tn. Hj. Ismail sangat berbanga dengan usaha yang dibuat oleh komuniti Rawang ini dan beliau sentiasa akan membantu setakat mana yang boleh. Beliau juga menggalakkan agar ahli-ahli HPA sentiasa berusaha untuk mengembangkan perniagaan ini.

10hb. Januari 2009 4.30pm

Majlis Menandatangi Persefahaman antara HPA dengan Gabungan Nazir-Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor

Buat julung kalinya dalam sejarah di Hulu Selangor dimana satu perjanjian persefahaman antara HPA Industri Sdn. Bhd. dengan Gabungan Nazir-Nazir seluruh masjid daerah Hulu Selangor telah termetri. Perjanjian ini adalah bagi mempromosikan produk halal lagi suci keluaran HPA di setiap masjid daerah Hulu Selangor. Diatara persefaman yang telah dipestujui ialah:-

1) Pihak masjid akan memberi ruang di kawasan masjid untuk HPA meletakkan produknya. Masjid akan dijadikan agen stok HPA.

2) Masjid akan mempromosi dan mengajak ahli kariah mendaftar menjadi ahli berdaftar HPA.

3) HPA akan meletakkan produk bernilai RM50,000 bagi setiap masjid dan Masjid Kuala Kubu Bharu akan mendapat RM200,000. Sebanyak 24 buah masjid sekitar daerah Hulu Selangor akan mendapat faedah ini.

4) Segala kos operasi agen stok ini akan ditanggung oleh HPA.

5) Segala keuntugan akan diserahkan pada masjid. HPA cuma mengambil modal untuk pusingan.

Dengan perjanjian ini akan memudahkan umat islam sekitar Hulu Selangor untuk mendapatkan keperluan produk harian hang halal lagi suci keluaran HPA.

Perjanjian ini ditandatangni oleh Tuan Hj. Ismail Ahmad pengarah urusan HPA dan Tuan Hj. Othman mewakili nazir-nazir masjid Hulu Selangor.


10hb. Januari 2009

Atas kerjasama Komuniti HPA Rawang, Pejabat Agama Islam Hulu Selangor dan Gabungan Nazir-Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor maka pada hari ini telah dapat menganjurkan program yang begitu bermakna buat umat Islam di Hulu Selangor .

Program bertajuk "Seminar Halal Haram Membina Rangkaian Ekonomi Umat Islam" telah diadakan di Dewan Dato Othman Bandar Baru Batang Kali. Siminar ini dirasmikan oleh YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Haji Aman Shah Bin Mohd Shahar (Orang Besar Daerah Hulu Selangor). Antara yang hadir ialah YDP Daerah Hulu Selangor, Pegawai Agama Hulu Selangor, Nazir-Nazir dan AJK kesemua masjid daerah Hulu Selagor serta penduduk sekitar Hulu Selangor. Adalah diangarkan kehadiran melebihi 500 orang.

Bagi pihak HPA pula dihadiri Tn. Haji Ismail Ahmad Pagarah Urusan, En. Jefri, PJS Jamaludin, PJM Cikgu Murad, PJS Abdullah, Prof. Madya Dr. Ishak (Pengerusi Komuniti Rawang) dan AJK Komuniti Rawang. Rombongan dari HPA Ibu Pejabat seramai 20 orang terlibat dalam mempamirkan produk HPA di ruang legar dewan. Kaunter-kaunter jualan produk harian, kosmetik, HPA Koleksi mendapat sambutan luar biasa sekali. Antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh HPA ialah mengdiagnos penyakit dan berbekam samada untuk lelaki atau wanita.

Dikawasan letak kereta pula diadakan pameran kesihatan oleh Kemeterian Kesihatan, Insuran Takaful. Para pelawat boleh membuat pemeriksaan darah secara percuma.


Suasana Sepanjang Siminar dan Pameran

19hb. November 2008

PJS Norahini sedang memberikan motivasi dan beberapa kebaikan produk berkaitan herba pada kelas mingguan di HPA Rawang. Persembahan yang begitu bersemangat dengan suara yang lantang membuatkan para peserta begitu teruja sekali


18hb. November 2008

Ahli Jawatan Kuasa Kelab Komuniti HPA Rawang telah memutuskan sebulat suara dalam mesyuarat mingguan yang diadakan pada hari  ini pukul 11.50pm bahawa Jawatan Setiausaha telah dipertanggungjawabkan kepada En. Jamil. Pertukaran ini dibuat memandangkan masalah kesihatan En. Razak yang tidak berapa baik sejak kebelakangan ini.

Dengan itu setiap permohonan untuk menghadiri PBC bolehlah dimajukan pada En. Jamil

14hb. Oktober 2008

Program Hari Raya Puasa yang diadakan pada hari ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dimana lebih kurang 400 orang keluarga HPA sekitar Rawang telah menghadirinya. Walaupun hujan turun sedikit pada pukul 8 malam tetapi sambutan tetap meriah. Berbagai juadah dihidangkan seperti lemang, rendang daging dan ayam, nasi impit, mee goreng mamak, rojak, agar-agar, kueh dan minuman kopi radik dan air soya. Kesemua hidangan ini disediakan oleh AJK komuniti Rawang dan ahli-ahli komuniti. Diantara PJS yang hadir adalah PJS Abdullah Rahim, PJS Jamaludin Yeop Majlis, PJS Hafizani, PJS Rosmandi, PJS Pak Chop. Program bermula pukul 7.30 malam dan berakhir pukul 11 malam. Bacaan doa serta ucapan alu-alaun dan sedikit maklumat terbaru HPA diberikan oleh Prof. Dr. Ishak selaku pengerusi majlis.


Dibawah ini sebahagian dari ahli yang hadir memeriahkan sambutan hari raya tahun ini.


20hb. Sept. (Bacaan Tahlil)

6.45pm  Majlis Bacaan Tahlil

Bacaan Tahlil dipimpin oleh Dr. Ishak (berbaju Putih), Disebelah kiri beliau ialah PJS Jamaludin. Program ini dilakukan sebelum masuk waktu berbuka puasa sementara menunggu para tetamu yang belum sampai.