26hb. Julai 2009 - Jadual PBC Bulan Ogos 2009
1) 1hb. Ogos - 2hb Ogos 2009 . Bertempat di Alson Klana, Nilai Negeri Sembilan dan Hotel Seri Malaysia Ipoh
2) 8hb. Ogos - 9hb. Ogos 2009. Bertempat di Hotel D'Palma Kuala Selangor. PBC ini dekendalikan oleh komuniti Rawang, Kuala Kubu Bharu dan Tg. Malim
3) 15hb. Ogos - 16hb. Ogos 2009. Bertempat di Hoten UNITEN Bangi dan MAIS Shah Alam
4) 29hb. Ogos - 30hb. Ogos 2009. Bertempat Hotel D'Palma Ampang dan Kem Bina Taqwa Banting
Ahli HPA yang ingin memngikuti program PBC ini boleh lah mempuat tempahan menerusi AJK komuniti masing-masing atau lawati laman web KPA www.kpa2u.com
PBC 23 & 24 Mei 09
.
21hb. Feb 2009
Sekarang ini sedang berlangsung program PBC anjuran Komuniti Rawang di HPA cawangan Rawang. Program kali kedua yang diadakan di HPA Rawang ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari ahli HPA sekitar Rawang khususnya dan sekitar Lembah Kelang amnya . Lebih kurang 90 orang peserta mengikuti program kali ini meningkat 20% dari bulan lepas.
Program kali ini dirasmikan oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis selaku penasihat komuniti HPA Rawang. Selama 2 hari 1 malam para peserta akan didedahkan tentang produk halal/haram yang ada dalam pasaran, pengenalan syarikat serta strategi pemasaran HPA, Kaedah Perawatan JAWI dan pengambilan herba serta beberapa aturcara yang telah dirancang. Pada sebelah pagi 22hb Feb. akan diadakan program Giamullail dan kuliah subuh bermula jam 4.30 pagi. Untuk penginapan para peserta diletakkan di sebuah hotel berhampiran HPA Rawang.
Gambar dibawah adalah suasana semasa pendaftaran dan perasmian program PBC.
25hb. Jan 2009
Program PBC Februari 2009
Atas kejayaan menganjurkan PBC kali pertama di Cawangan HPA Rawang maka komuniti Rawang akan meneruskan program PBC ditempat yang sama pada bulan Februari depan. Tarikh yang dipilih ialah pada 21hb. Feb. hingga 22hb. Feb. 2009. Bayaran RM130.
18hb. Jan. 2009
Peserta PBC Lelaki Terbaik.
Saudara Mohd Hafiz Bin Ramli telah dipilih oleh para juri sebagai peserta lelaki terbaik di PBC Rawang kali pertama ini. Beliau yang berusia 18 tahun baru saja menjadi ahli HPA (7 hari). Berasal dari Batang Kali Selangor. Perkataan "Apa khabar nenek" dan perembahan yang bersahaja begitu mencuit hati para peserta PBC dan juri.
Kehadiran beliau ke PBC adalah atas dorongan rakan-rakan yang sebaya dengannya disamping restu Ibunya.
Menerima hadiah Minyak But-But yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ishak sambil disaksikan oleh PJS Jamaludin.
Title.
Peserta Wanita Terbaik
PBC Rawang kali pertama telah memilih Cik Nahdhatulsyima (gambar kiri) sebagai peserta wanita terbaik. Pada mulanya beliau tidak berminat untuk menjadi ahli HPA serta mengikuti program PBC ini. Tetapi atas desakan makciknya beliau hadir juga kerana nak jaga hati. Pada hari pertama hadir beliau telah mula berubah fikiran dan terbuka minda serta insaf akan pentingnya pengunaan produk-produk halal. Beliau begitu terharu sekali kerana dalam PBC ini banyak menyentuh bab-bab kerohanian, pemakanan produk halal, kesihatan dan perjuangan ekonomi Islam. Beliau berazam akan sama-sama dalam jemaah HPA untuk memperjuangkan produk halal lagi suci ini. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada Makciknya yang memaksanya hadir serta para facilitator semua.
Hadiah Minyak But-But disampaikan oleh Pn. Siti Rawan salah saorang AJK Komuniti Rawang
Suasana Hari Kedua PBC
17hb. Januari 2009 12.15pm
Sekarang sedang berlangsung Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Cawangan Rawang. Program yang julung kali di adakan di Cawangan Rawang ini dihadir seramai 75 orang peserta (25 muslimah dan 50 muslimin). Diantara PJS yang turut serta semasa perasmian program pagi tadi ialah PJS Hafizan, PJS Hj. Ramli, PJS Norsidah dan PJS Jamaludin (tuan rumah).
Gambar suasana hari pertama
21hb. Dis 2008
Hari kedua program PBC masih berlangsung di masjid Al-Ghufran TTDI
Kiamulail dipimpim oleh Abang Johari manakala kuliah subuh disampaikan oleh Prof. Dr. Ishak.
Senaman pernafasan pula dipimpin oleh PJ Shafarul
Pengerusi Majlis pada hari kedua ialah saudara Jamil
Sessi pagi dimulakan dengan demo produk yang dipersembahkan oleh PJ Shafarul
Produk Pilihan (Kopi Radik) dibentangkan oleh PJS En. Jamaludin
Penceramah undangan iaitu PJS Hj. Ramly pula membentangkan Asas Perawatan Jawi.
Pada sebelah petang pula para peserta program membuat persembahan LDK secara berkumpulan.
Akhir sekali ialah majlis penyampaian cederahati dan perpisahan dengan iringan nyasid Teman Sejati.
Corat Coret PBC TTDI
Salah saorang peserta PBC yang begitu bersemangat sekali walaupun sudah berumur, Walaupun kesihatan tidak mengizinkan (sakit lutut menyebabkan terpaksa menggunakan kerusi semasa sembahyang) tetapi kerana semangat perjuangan untuk memertabatkan ekonomi umat islam beliau bersama isteri sanggup meluangkan masa untuk menghadiri program PBC kali ini. En. Ahmad Rofaie @ Ahmad Rafaie Bin Mohd Ishak berusia 74 tahun dan menetap di Bangsar baru beberapa bulan menyertai HPA begitu mesra sekali semasa saya berbual dengan beliau. Mempunyai 5 orang anak dan 8 orang cucu. Beliau memuji program PBC yang dianjurkan oleh komuniti Rawang dan akan mengerakkan anak menantu serta saudara beliau untuk turut serta menyokong perjuangan HPA ini. Pendekatan yang mengajak manusia kepada kecintaan kepada Allah menerusi perniagaan produk halal lagi suci begitu berbeza sekali dengan syarikat MLM yang lain.
Produk HPA yang paling disukai beliau ialah Kopi Radix dan produk lain seperti Roselle dan ubat gigi. Beliau juga mencadangkan supaya produk produk HPA ini menjadi keutamaan semasa majlis kenduri kendara.
20hb. Dis 2008
Pada masa ini sedang berlangsung Program PBC anjuran komuniti Rawang di Masjid Al-Ghufran. Seramai 76 orang peserta mengikuti program selama 2 hari 1 malam ini.
Perasmian dan slot dilema halal haram dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman.
PJS Jamaludin Yeop Majlis membentangkan berkaitan profil syarikat. Plan pemasaran disampaikan oleh PJS Hafizan Fauzi.
PJS undangan pada hari pertama ini ialah PJS Shafie Tasiron dari Tangkak yang membentangkan Gerak Kerja 6M
23hb. November 2008
Program PBC bulan Disember 2008 akan diadakan ditempat biasa dan tarikhnya ialah 20hb. Disember hingga 21hb. Disember 2008. Pada mereka yang ingin turut serta dalam program kali ini bolehlah membuat tempahan dari sekarang. Tempahan hendaklah selewat-lewatnya pada 17hb. Disember 2008
PBC yang dijadualkan pada tarikh 6hb hingga 7hb. Disember dibatalkan kerana sambutan hari Raya Korban yang jatuh pada 8hb. Disember 2008.
06hb September 2008
PBC Tmn Tun sedang berlangsung dimana kehadiran adalah agak luar biasa iaitu seramai 120 orang. PJS yang terlibat dalam program hari ini selain PJS Jamaluddin Yeop Majlis ialah PJS Syed Ageel dari Utara. Pengerusi PBC kali ini ialah saudara Mustafa Kamal manakala PJ Prof. Madya Dr. Ishak selaku Panel syariah HPA telah merasmikan dengan memulakan slot isu halal haram dalam pemakanan seharian dan kaitannya dengan perjuangan HPA dan mengapa HPA menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produknya.
06hb. September 2008 (PBC TTDI)
En. Mahadir Bin Md Yunus adalah salah saorang peserta lelaki yang turut serta dalam program PBC kali ini.Berasal dari Taman Melati dan sangat berpuas hati dengan persembahan yang bertenaga dari penceramah. Menurut beliau banyak ilmu yang diperolehi dalam PBC ini terutama berkaitan Islam, ekonomi dan perawatan. Berazam untuk menjadi Pengarah Jati dalam tempoh 6 bulan selepas PBC.
06hb. September 2008 (PBC TTDI)
Cik Norfadzlyna Binti Zain salah saorang peserta wanita berasal dari Shah Alam dan bekerja sebagai keranai di TTDI Jaya. Baru 10 bulan terlibat dengan HPA. Dengan menyerti PBC ini dapat menimba ilmu berkaitan produk halal dan haram yang ada dalam pasaran. Beliau memuji program PBC dan juga HPA kerana ia memperjuangkan ekonomi islam dan menyeru umat islam menggunakan produk yang halal lagi suci. Buat masa ini beliau akan menggunakan produk HPA terlebih dahulu.
06hb. September 2008 (PBC TTDI)
7.15pm - Suasana Semasa Berbuka Puasa
Pihak masjid telah menyediakan meja khas untuk peserta PBC semasa berbuka puasa kerana masjid ini juga menyediakan juadah perbuka puasa untuk penduduk sekitarnya dan musafir. Jadi dengan menyediakan tempat khas ini menambahkan lagi keselesaan pada para peserta PBC.
06hb. September 2008 (PBC TTDI)
9.45pm - Suasana MORE selepas sembahyang Tarawih.
Saudara Mustafa Kamal (baju kuning) sedang beratur menunggu giliran bersama jemah masjid al-ghufran untuk mendapatkan apam balik. Uniknya di masjid Al-Ghufran ni, pada setiap malam dalam bulan Ramadan terdapat beberapa gerai makanan seperti apam balik, putu piring, ais krem dll. Susana begitu meriah sekali. Pilih saja makanan apa yang kita nak makan tapi kadang-kadang kena berebut juga dengan kanak-kanak.
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
Pengerusi Majlis pada hari kedua dikendalikan oleh PJ En Jamil
8.30am - Slot demo makanan segera dan ubat gigi dikendalikan oleh PJ Shafarul Nizam
9.00am - Slot Produk pilihan di kendalikan oleh PJS Jamaludin Yeop Majlis
10.00am - Slot diagnos tapak tangan dikendalikan oleh PJS Tn Hj Marjuni
11.30am - Slot Sentella White dikendalikan PJS Pn. Hjh Habshah Ariffin
2.30 pm - Persembahan para peserta
3.45pm - Penyampaian hadiah dan penutup. Alhamdulillah perjalanan program PBC kali ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang dan para peserta amat berpuas hati. Kami AJK komuniti Rawang mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya serta sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan produk halal kepada semua para peserta PBC kali ini.
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
Suasana Bersahur
Pukul 5 pagi selepas qiamulail peserta PBC bersahur bersama jemah masjid. Kelihatan para peserta sedang beratur mengambil makanan kerana semasa bersahur pihak masjid menyediakan makanan secara buffet.
07hb. September 2008
7.15 am - Aktiviti Senaman Pernafasan
Senaman pernafasan di kendalikan oleh PJ Shafarul. Yang baju putih berkain petak adalah PJS jamaludin. Jurus apalah yang diajar oleh Shafarul ni. Senaman ni tak perlu pakai baju sukan, pakai kain pelikat pun boleh. Peserta lelaki kena hati-hati sikit jangan sampai kain terlondeh ye..
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
1.00 pm - Sebahagian dari AJK program PBC bergambar disebelah masjid Al-Ghufran
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
1.00pm - Sebahagian dari para peserta PBC TTDI sedang bergambar kenangan bersama AJK program disebelah masjid Al-Ghufran.
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
2.40pm - Juara kumpulan wanita iaitu kumpulan Paramaria Plus sedang membuat persembahan
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
3.00pm - Juara kumpulan lelaki dari kumpulan Radix Hebat sedang membuat persembahan. Kumpulan ini begitu mendapat tepukan gemuruh dari para peserta PBC kerana lakunan mereka menggunakan lorat Negeri Sembilan. Para peserta tak kering gusi dibuatnya.
07hb. September 2008
4.00pm - Peserta lelaki terbaik saudara Fadhil Nor sedang menerima hadiah dari PJS Jamaludin. Fadhil Nor berasal dari Negeri Sembilan. Menghadiri PBC ini kerana menggantikan saudaranya yang tak dapat hadir.
07hb. September 2008 (PBC TTDI)
4.00pm - Peserta wanita terbaik Pn. Fadilah Binti Osman sedang menerima hadiah dari PJS Jamaludin. Terlibat dalam HPA sepenuh masa walaupun baru 3 bulan menjadi ahli HPA.
Dewan Makan Masjid Al-Ghufran
Makan tengahari lauk ikan masak asam pedas.
Makan malam lauk ayam percik HPA. Oleh kerana ayam HPA, ada peserta yang ambil lebih menyebabkan ada peserta yang tak dapat merasa ayam percik. Syabas pada bahagian masakan kerana masakan yang sedap dan lazat, rata-rata peserta berpuas hati.
Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail
Bangunan Balai Islam Masjid Al-Ghufran. Disinilah PBC (Program Perkongsian Bijak Cemerlang) dianjurkan oleh HPA Komuniti Rawang. Program pertama telah diadakan pada bulan April 2008 dan sehingga sekarang setiap bulan telah dapat dijayakan. InshaAllah kami akan berusaha untuk melaksanakan program PBC ini setiap bulan. Saudara saudari bolehlah melihat jadual bulanan dibawah untuk membuat tempahan bagi downline anda.
PBC Taman Tun Dr. Ismail (19hb - 20hb. Julai 2008)
AJK Komuniti akan mengadakan program "Perkongsian Bijak Cemerlang" pada 19hb. Julai hingga 20hb. Julai 2008 bertempat di Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Atas sambutan luar biasa pada PBC bulan Mei dan Jun yang lalu, pihak kami telah menempah lebih awal dengan pengurusan Masjid.
Pihak kami juga telah mendapat pengesahan dari PJS Tuan Syed Agel (Pulau Pinang) sebagai penceramah jemputan. Penceramah-penceramah lain juga akan dimaklumkan dari masa kesemasa.
Diangarkan seramai 85 orang peserta akan menghadiri program tersebut. Bagi warga HPA yang berminat untuk turut serta, sila buat tempahan awal sebelum 15hb. Julai 2008. Untuk tempahan sila maklumkan pada PJS En. Jamaludin Yeop Majlis atau Dr. Ishak Suliaman
































