Sambutan Aidil Fitri Komuniti Rawang
Butiran lanjut majlis ini akan dimaklumkan kemudian.
13hb September 2009 - Majlis Buka Puasa Komuniti Rawang <<seterusnya>>
07hb. Sept. 2009 Majlis Iftar (Berbuka Puasa)
07hb Ogos 2009. Majlis Iftar di HPA Rawang <<seterusnya>>
25hb. Julai 2009 - Konvek 09
Gambar suasana diluar dewan dimana beberapa gerai anak syarikat HPA mempromosikan produk terbaru seperti RFC, RCH, Ais Krem, Produk sejuk beku dll
Anugerah Pengarah Jati Emas - Mohd Shafarul Nizam
Anugerah Pengarah Jati - Konvek 2009
ROMBAKAN AJK
Berikut senarai nama-nama AJK terkini :-
Penasihat : PJS Jamaluddin Yeop Majlis
Pengerusi : PJ Prof Madya Dr Ishak Sulaiman
T. Pengerusi : PJ Abdul Jamil Othman
Setiausha : PJ Zulkefly Zainal
Bendahari : PJ Zulliah Ahmad
Pen Bendahari : PJX Shamshidar Ahmad
AJK : 1) Mustafa Kamal
2) Maimunah Pawanteh
3) Shafarul Nizam Mohd Idris
4) Johari Mohd Hassan
5) Sharifah Abd Samad
6) Khairah
7) Siti Hawa
8) Mohd Zaidi Hamidon
9) Hamidah Mohd Sahid
10) Ridwan
11) Ibrahim
12) Aspalella
KULIAH MUAMALAH
Kuliah muamalah ini diadakan setiap minggu, kedatangan dicatat, sijil akan diberi sekiranya kedatangan mencukupi 5 kali. Kuliah ilmu ini diberikan secara percuma sahaja, kerana setiap ahli HPA perlu tahu kenapa HPA bersungguh sungguh memperkenalkan MLM syariah ini,disamping kita memperjuangan produk halal lagi suci, berniaga sambil berdakwah dan juga memperkenalkan atau mengenengahkan perniagaan cara islam, iatu perniagan tanpa riba,tekanan dan paksaan.
Komuniti HPA Rawang juga menyeru kepada semua ahli HPA yang berkesempatan supaya dapat bersama kami menyertai kuliah ini. Kuliah ini telah dijalankan sebanyak 2 kali kehadiran ahli HPA amat memberangsangkan oleh itu mari pakat ramai ramai datang ke HPA Rawang pada setiap selasa malam rabu. jangan lupa bawa prosfek.
Banyak lagi gambar gambar yang perlu kita lihat, sila clik gambar-gambar
HERBALIS BARU
AJK dengan baju kopratnya
HPA Satu Perjuangan
Assalamualaikum
Alhamdulillah, Kami bersyukur kepada Allah kerana dapat menyediakan laman web ini untuk meningkatkan lagi semangat perjuangan warga HPA terutama komuniti Rawang. Diaharap laman web ini dapat membantu saudara saudari mengetahui perkembangan semasa Komuniti HPA Rawang.
Komuniti Rawang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2007. Laman web ini pula baru didaftarkan iaitu pada 9hb Julai 2008. Matlamat penubuhan adalah untuk meningkatkan kepahaman ahli-ahli HPA berkaitan matlamat dan perjuangan HPA itu sendiri. Berbagai program dilakukan seperti kelas mingguan, kursus diagnos penyakit, kursus bekam dan yang terbaru mengendalikan program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada setiap bulan.
Melaui program-program ini diharap akan memantapkan lagi pengetahuan dan kesedaran kita berkaitan pemakanan yang halal lagi suci.
Memandangkan laman web ini masih dalam pembangunan jadi masih banyak kekurangan maklumat terbaru.
Sekiranya rakan kalian yang ingin berkongsikan maklumat, pengetahuan atau testimoni berkaitan kehebatan produk HPA sila masukkan dalam ruang sembang atau e-mail.
HPA Cawangan Rawang
HPA Cawangan Rawang telah berpindah kebangunan baru bermula Mac 2008 yang lalu. HPA telah menyewa 2 unit rumah kedai dimana satu unit digunakan untuk pengedaran produk-produk HPA kepada ahli-ahli dan satu unit lagi dijadikan kelas mingguan. Menerusi kelas minguan ini kami ahli-ahli HPA sekitar Rawang telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengerakkan kelas mingguan, program PBC dan aktiviti yang berkaitan dalam mengembangkan lagi perniagaan HPA ini. Kelas minguan ditetapkan pada hari selasa jam 9 malam.
Ruang pameran produk yang menarik dan luas menyebabkan kita begitu selesa semasa berkunjung disini. Dihadapan kaunter diletakan satu unit peti sejuk untuk menyimpan produk sejuk beku seperti ayam organik, ayam kampung , daging lembu & Kambing organik, Fishcake, fishball, Fishnugget.
Dibelakng kaunter diletakan produk-produk herba, kola radix, kopi radix dan produk harian. Susunatur yang begitu kemas memudahkan kita untuk memilih produk yang diperlukan.
Tuan puan yang datang kesini pasti dilayan dengan begitu mesra sekali oleh rakan sekerja HPA yang terdiri dari seorang pengurus dan 3 orang pembantu.
Bangunan dan Alamat Baru HPA Rawang
2D-1-13, JALAN RAWANG MUTIARA 3,
RAWANG MUTIARA BUSINESS CENTER 2,
48000 RAWANG, SELANGOR DE.
TEL: 03-60924200
Ruang Dalam Dan Pameran Produk
Kenali Pengurus Dan Rakan Sekerja HPA
Pengurus HPA Rawang
Cik Suhana Binti Mastori yang berasal dari Muar Johor telah berkhidmat dengan HPA lebih kurang satu tahun. Sebelum ini beliau pernah bertugas di Pusat Operasi Zon Tengah Ipoh dan Sg. Petani sebelum ditugaskan di HPA Rawang. Beliau seronok berkerja dengan HPA kerana ini adalah syarikat Bumiputra Muslim yang begitu mengambil berat tentang kebajikan kakitangannya. Disamping itu berbagi kursus telah diberikan oleh syarikat bagi memantapkan lagi pengurusan terutama di HPA Rawang ini. Antara tugas utama beliau ialah mempastikan rakan sekeja menjalankan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, Menghantar laporan ke Ibu Pejabat HPA di Jejawi Perlis setiap 7 hari, mempastikan stok produk sentiasa mencukupi, dan kewangan.
Sikap ramah beliau memudahkan ahli-ahli HPA berurusan samada membuat pembelian produk, menyemak maklumat ahli menerusi sistem komputer dan sebagainya. Beliau dibantu oleh 3 orang rakan sekerja iaitu En. Shafuan Bin Kadir, Cik Norsuhada Binti Yusof dan Cik Rozaida Binti Elis.







